Panasnya Hari Ini

Diskaun Tol 10 Peratus Di KLK, LPT 1 Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR : Pengguna lebuhraya ke pantai timur bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena Deepavali yang akan disambut, hujung minggu ini.

Pengarah ANIH Berhad yang juga pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun tol berkenaan adalah untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara eletronik di lebuhraya tersebut.

“Diskaun ini akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.01 pagi hari Sabtu, 29 Oktober 2016.

“Selain itu, pihak kami juga mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim perayaan Deepavali,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Nik Fauzi berkata, pemberian diskaun tol sempena Deepavali ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan.

Selain itu, katanya, pengenalan jadual TTA sempena Deepavali pula bertujuan untuk membantu mengagihkan aliran trafik ke waktu luar puncak sekaligus membantu pengguna yang ingin ke Pantai Timur untuk menikmati perjalanan yang selesa.

ANIH Berhad menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Pahang pada 28 Oktober untuk memasuki KLK dan LPT 1 diantara jam 1 petang hingga 4 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam.

Manakala bagi pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

Sementara itu, bagi pengguna dari Pahang yang ingin kembali ke ibu kota bermula 30 Oktober, mereka dinasihatkan memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuhraya antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam.

Bagi pengguna dari Kelantan pula, mereka disarankan agar menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

Pengguna juga dinasihati untuk merujuk jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");