Sukan Hari Ini

F1: Hamilton akui sentiasa bimbang masalah jentera

AUSTIN: Lewis Hamilton yang menyertai kelab elit Formula Satu (F1) apabila memenangi perlumbaan ke-50 kariernya di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, awal pagi tadi mengakui bimbang mengenai kemampuan jenteranya dalam usaha merangkul kejuaraan dunia keempat.

Penyandang juara dunia dan juara dunia tiga kali itu menampilkan pemanduan ‘sempurna’ bermula daripada petak pertama untuk menang sekali gus menyertai juara dunia tujuh kali Michael Schumacher dan juara dunia empat kali, Alain Prost dalam senarai pemandu yang memenangi lebih 50 perlumbaan.

Schumacher memenangi 91 perlumbaan manakala Prost 51. Pada perlumbaan di Litar Amerika itu, Hamilton yang juga pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS melepasi garisan penamat lima saat di depan rakan sepasukannya, Nico Rosberg yang juga pendahulu kejuaraan. “Ia menjadi penantian yang amat panjang,” kata Hamilton.

“Saya berusaha dengan amat keras untuk mendapatkannya, namun saya memberitahu kami ketika perlumbaan, saya sentiasa bimbang mengenai kemampuan jentera sepanjang perlumbaan.

“Ia berada dalam minda saya sepanjang perlumbaan.”

Hamilton sebelum menghadapi beberapa sisi kegagalan enjin, masalah mekanikal dan permulaan buruk sepanjang musim ini dan mengetahui satu lagi kegagalan, terutama di GP Mexico, hujung minggu ini akan menghadiahkan kejuaraan dunia kepada Rosberg.

Jika Rosberg yang ketika ini mendahului kejuaraan dengan kelebihan 26 mata berbaki tiga lagi pusingan dan menang di Mexico manakala Hamilton gagal menamatkan perlumbaan, kejuaraan sah menjadi miliknya

. Begitupun, Hamilton yang juga pelumba kelahiran Britain tekad untuk kekal bertenang.

“Saya kekurangan sedikit kuasa pada hari ini dan ia membimbangkan saya. Namun ia adalah keputusan yang baik daripada pasukan. Bagi saya adalah baik untuk mendapat minggu yang sempurna.”

Pelumba Australia dan pasukan Red Bull, Daniel Ricciardo melengkapkan kedudukan podium manakala juara dunia empat kali, Sebastian Vettel meraih tempat keempat selepas rakan sepasukannya dari Ferrari, Kimi Raikkonen terpaksa menarik diri daripada perlumbaan apabila beredar dari lorong pit tanpa tayar belakang. – AFP

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");