Membawang Hari Ini

Gary Kang Sah Tinggalkan ‘Running Man’ Selepas 6 Tahun

PENYANYI Gary Kang bakal meninggalkan Running Man selepas enam tahun bersama program berkenaan.

Perkara itu turut disahkan oleh pihak produksi rancangan popular itu dan memberitahu Gary ingin kembali memberi fokus kepada bidang muzik sebagai punca utama dia mengambil keputusan meninggalkan Running Man.

“Kami berterima kasih kepada Gary kerana komitmen ditunjukkan sepanjang enam tahun terlibat dalam Running Man.

“Gary ingin kembali memberi fokus kepada karier muziknya dan kami berharap dia akan terus cemerlang,” kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan Soompi.

Dalam pada itu, sumber memberitahu Gary sudah merancang meninggalkan Running Man sejak awal tahun ini namun dia menangguhkan hasrat itu selepas dipujuk oleh pihak produksi.

“Pihak produksi cuba memujuknya malah rakan-rakannya yang turut terlibat dalam program itu juga memintanya agar mengubah fikiran.

“Tetapi dia ingin memberi tumpuan kepada bidang muzik kerana telah terlalu lama tidak merakamkan lagu baharu,” kata sumber.

Gary menyertai keluarga Running Man sejak 2010 dan akan merakamkan episod terakhirnya pada 31 Oktober ini.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");