Sukan Hari Ini

Jangan mimpi gol mudah:Ukah

Shah Alam: ‘Kereta kebal’ di bahagian pertahanan Selangor Ugo Ukah sudah bersedia untuk menghalang jentera serangan Kedah yang bakal ditunjangi gandingan import tiga serangkai pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Trio awang import Helang Merah – Liridon Krasniqi, Thiago Augusto dan Shane Smeltz – pastinya berdepan halangan cukup sukar untuk melepasi Ukah yang memiliki pengalaman luas beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Queens Park Rangers sebelum ini.

Jelasnya, dia dan rakan sepasukan lain sudah bersedia sepenuhnya untuk mengekang kelibat ketiga-tiga tonggak import itu nanti.

“Mereka memang memiliki penyerang hebat tapi harus diingat kami juga mempunyai barisan pertahanan kental. Contoh paling jelas apabila kami tidak bolos ketika menentang T-Team pada separuh akhir kedua.

“Kami juga menumpukan latihan dalam membentuk pertahanan mantap, selain saya sendiri akan menggunakan pengalaman yang ada.

“Jangan harap mereka dapat gol mudah dan saya sendiri bersedia untuk menghampakan jentera serangan mereka,” katanya yang pernah memenangi piala ketika beraksi dalam Liga Serbia sebelum ini.

Katanya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sebaliknya perlu berwaspada dengan ancaman barisan depan Red Giants yang akan diketuai tonggak import tinggi lampai dari Liberia, Patrick Ronaldinho, Andik Vermansyah dan Ahmad Hazwan Bakri.

“Saya pasti aksi kali ini akan jadi menarik dengan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang. Tapi Selangor mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di Stadium Shah Alam.

“Jika ada peluang, saya sendiri akan cuba menjaringkan gol seperti mana dalam aksi sebelum ini,” katanya yang sudah mempunyai koleksi empat gol dengan tiga daripadanya disumbangkan dalam kempen Piala Malaysia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");