Sukan Hari Ini

Jing Yi teruja ilmu Sairul

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara sedia memberikan kerjasama terhadap jurulatih baru Sairul Amar Ayob yang akan memulakan tugas pada 1 November ini.

Menurut Tee Jing Yi (gambar), dia mengetahui Sairul sebagai bekas pemain kebangsaan dan mengharapkan kehadirannya sebagai permulaan baik buat pemain perseorangan wanita negara terutama menjelang Kejohanan Dunia serta Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

“Saya rasa beliau tahu apa yang pemain inginkan kerana pernah mewakili negara. Saya juga rasa kita boleh bekerjasama dengan beliau terutama untuk persediaan tahun depan,” kata pemain perseorangan wanita nombor satu negara itu.

Jelasnya, dia berasa teruja untuk bekerja dengan Sairul walaupun sudah bersama Wong Tat Meng selama empat tahun sebelum ini.

“Saya berasa teruja, pertukaran ini bagaikan satu permulaan baru buat kami,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah Su Ya berkata, sebarang perubahan sudah tentu adalah untuk kebaikan pemain sendiri.

“Saya rasa apa saja perubahan adalah untuk kebaikan kami selepas berada di bawah Tat Meng. Saya yakin jurulatih baru itu akan memberikan yang terbaik seperti mereka sebelum ini.

“Sebenarnya saya kurang mengenali Sairul secara dekat. Tapi saya masih ingat beliau beraksi sebagai pemain ketika masih kanak-kanak,” kata Soniia yang baru saja menjulang trofi Cabaran Antarabangsa Belgium bulan lalu.

Kelmarin, Sairul memberitahu beliau tidak sabar untuk memulakan tugas dan akan berbincang dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mengenai program kejurulatihan perseorangan wanita.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");