Sukan Hari Ini

Kafa tak tahu hasrat Popov

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak tahu-menahu berhubung keengganan ketua jurulatih mereka, Velizar Popov menyambung kontrak bersama Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor sebaliknya berkata, pihaknya terkejut dengan keputusan jurulatih kelahiran Bulgaria yang mahu mengundur diri daripada membimbing skuad pantai timur itu setelah berita tersebut disiarkan dalam akhbar, semalam.

“Saya hanya tahu cerita Popov (undur diri) setelah membaca akhbar hari ini (semalam). Setahu saya, Kafa tidak pernah dimaklumkan secara rasmi oleh dia berhubung hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua jurulatih Kelantan.

“Memang kita ada tawarkan kontrak kepada Popov sebelum ini namun dia belum memberi jawapan balas. Itu sahaja yang saya boleh beritahu anda (wartawan) setakat ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, Popov dipetik menerusi laman rasmi sosialnya, mengakui kegagalan Kafa menawarkan kontrak baharu menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan pasukan bekas juara tiga piala musim 2012 itu.

Ia dikatakan berpunca daripada masalah kewangan yang membelenggu badan induk bola sepak negeri itu sehingga menjejaskan perancangan bekas pengendali skuad kebangsaan Maldives itu untuk menyediakan pasukan mantap pada musim depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");