Berita Hari Ini

Kebakaran HSA: Pas, Amanah rakam ucapan takziah

SHAH ALAM – Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) merakamkan ucapan takziah berhubung insiden kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pagi tadi.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya menyeru kepada orang ramai agar terus memberikan sokongan moral kepada semua yang terlibat dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mangsa serta kepada semua warga Hospital Sultanah Aminah. Semoga semua dapat bersabar dengan musibah yang berlaku ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir turut menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengambil langkah-langkah perlu agar perkara malang ini tidak berulang.

“Kami mendoakan agar semua keluarga terlibat diberi kekuatan dan kesabaran menerima ujian ini.

“Saya akan mengarahkan pimpinan Amanah Negeri Johor untuk memberi bantuan segera dalam menghadapi tragedi ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");