Sukan Hari Ini

Kelantan Pertahan Piala Presiden Musim Kedua

KUALA TERENGGANU: Kelantan berjaya mempertahankan kejohanan bola sepak Piala Presiden untuk musim kedua berturut-turut selepas mengalahkan T-Team 2-0 pada final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Selasa.

Kemenangan itu memastikan Kelantan yang dikendalikan bekas pemainnya, Hashim Mustapha, menang dengan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada final pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.

Pada aksi malam Selasa, Kelantan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-40 menerusi jaringan Muhamad Raihan Mohd Huzaiz di dalam kotak penalti.

Sebaik sahaja aksi separuh kedua dimulakan, kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi Muhammad Danial Ashraf Abdullah mengesahkan kejuaraan Kelantan menerusi rembatan kencang pada minit ke-81.

Exco Sukan negeri, Datuk Rozi Mamat menyampaikan Piala Presiden serta wang tunai berjumlah RM150,000 kepada kapten Kelantan, Muhamad Faris Shah Mohd Rosli manakala T-Team meraih RM100,000 selaku naib juara. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");