Jenayah

Kempunan rasa hasil samun

TEMERLOH: Tiga penjenayah tidak sempat merasa hasil samun mereka apabila berjaya ditahan polis selepas melakukan tiga kes samun sekitar daerah ini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Zundin Mahmood berkata, penjenayah terbabit terdiri daripada tiga lelaki ditangkap selepas kereta dinaiki terbabas ketika dalam usaha melarikan diri selepas melakukan samun di dua kedai sekitar bandar Temerloh.

Menurutnya, penjenayah bersenjatakan parang dan pisau toreh itu pada mulanya melakukan samun di sebuah rumah di Mentakab pada pagi kelmarin.

“Kumpulan penjenayah ini kemudian melakukan samun di sebuah kedai menjual peralatan dapur dan mesin di Jalan Tengku Ismail,” katanya.

Tambahnya, tidak puas hati dengan hasil samun itu, penjenayah terbabit bertindak melakukan samun sekali lagi ke atas sebuah kedai menjual peralatan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Seri Bahagia

Jelasnya, difahamkan selepas melakukan samun di Seri Bahagia, penjenayah terbabit melarikan diri dengan sebuah kereta menghala ke Mentakab.

Bagaimanapun, kenderaan dipandu salah seorang penjenayah itu terbabas dan kesemua mereka melarikan diri.

Zundin berkata, polis yang menerima maklumat kemudian melakukan gerakan memburu penjenayah terbabit dan berjaya menangkap seorang daripada penjenayah tersebut berhampiran kedai makanan segera di Taman Chengal.

“Gerakan memburu diteruskan sehingga jam 7 petang dan polis berjaya menahan dua lagi penjenayah di sebuah lagi kedai makanan segera.

“Polis berjaya menemui semula barangan dipercayai hasil samun antaranya wang tunai, komputer riba dan barangan kemas, siasatan awal mendapati kereta digunakan penjenayah terbabit dicuri di Rawang,” katanya.

Tambahnya, kesemua penjenayah ditahan dan akan di reman untuk disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");