Membawang Hari Ini

Konsert Romansa hadiah KD

Superstar Indonesia, Krisdayanti, 41, akan muncul lagi dalam konsertnya pada Februari depan dan mendedikasikan penghargaan itu kepada semua peminatnya di Malaysia.

Konsert Romansa Krisdayanti dianggap sebagai hadiah paling istimewa berbanding konsertnya sebelum ini selepas dua tahun beliau beraksi dalam konsert Krisdayanti Live in KL pada 2014, tajaan bersama Harian Metro.

“Saya akan pastikan konsert ini berbeza berbanding konsert terakhir di KL dua tahun lalu. Malaysia sangat dekat di hati saya kerana kerjaya seni saya juga berkembang dengan hebat di sana (Malaysia).

“Saya akan menggunakan sepenuhnya tenaga produksi dari Malaysia termasuk teknikal, pemuzik, penari dan pengarah muzik Aubrey Suwito. Kecuali kostum, saya akan bawa sendiri. Ini konsert pertama saya yang menggunakan produksi Malaysia dengan sepenuhnya. Jadi, semestinya semuanya berbeza,” katanya kepada Bling!

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam pada 24 hingga 26 Februari 2017 itu akan berlokasi di Istana Budaya dengan menampilkan 27 lagu Krisdayati termasuk dua single baharunya yang dihasilkan di Amerika Syarikat berjudul, Sleep To Dream dan In Love Again ciptaan Mateo Camargo dan Nathan Leone. Mereka pernah bekerja dengan album bintang ternama, Shakira.

“Sebelum ini saya hanya membuat konsert satu malam saja dan apabila diberi peluang beraksi selama tiga malam berturut-turut sudah pastinya perlu lebih stamina.

“Pemilihan Romansa sebagai judul konsert ini bagi menggambarkan kepahlawanan, seorang ibu, keanggunan dan romantik yang bersesuian dengan bulan cinta. Saya juga akan berkolaborasi dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan beberapa penyanyi klasik dari Malaysia,” katanya.

Konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd itu dianggap sebagai kembalinya Krisdayanti ke dalam industri muzik Malaysia setelah berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Dia juga terharu kerana mendapat sokongan moral daripada suaminya, Raul Lemos, 45.

“Suami saya sangat memahami. Kami juga sama-sama sibuk dan biasanya bertemu seminggu sekali,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");