Perak Hari Ini

Mahkamah TTPM Keempat Kini Di UTC Ipoh

IPOH:Para pengguna disaran supaya mengunakan perkhidmatan Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang tersedia sebaik mungkin dalam usaha mendapatkan hak mereka untuk dilindungi dan pembelaan sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata kemudahan tersebut disediakan khusus bagi melindungi pengguna untuk memfailkan sebarang tuntutan mengenai barangan dan perkhidmatan.

perak-today-3

“Ia melindungi pengguna khususnya dalam membeli barangan dan perkhidmatan yang diberi oleh pembekal adanya pelindungan ini pengguna tidak mudah ditipu malah menggunakan hak mereka sebagai pengguna,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia negeri Perak yang keempat di UTC Ipoh hari ini.

Ujarnya lagi, para pengguna juga perlu mempunyai pendidikan dan ilmu dalam menggunakan platform mahkamah tersebut untuk tujuan melindungi hak mereka.

“Hanya dengan bayaran RM5 dan kaedah mengisi borang dalam tempoh 40 hari tuntutan mereka akan dibawa untuk diadili
ia adalah cara yang begitu mudah dan jika pengguna tidak menggunakan kesempatan sebegini  adalah satu kerugian,” katanya.

Tambahnya lagi, pengguna juga boleh hadir ke kaunter-kaunter TTPM untuk membuat pengaduan, melayari laman sesawang, atau boleh juga melalui sistem pesanan ringkas (sms) bagi melaporkan sebarang aduan.

perak-today-2

Ujarnya, statistik tuntutan pengguna 2014, aduan klasifikasi barangan telefon mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 45 kes diikuti kes cabutan bertuah/gores menang iaitu sebanyak 42.

“Manakala bagi tahun 2015 kes melibatkan barangan cabutan bertuah/gores dan menang mencatatkan jumlah aduan paling tinggi iiatu 43 kes dan diikuti dengan aduan melibatkan barangan telefon sebanyak 34 kes,” katanya.

Setakat Oktober tahun ini, pemfailan kes melibatkan barangan jenis telefon mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 21 kes yang dilaporkan di Perak.

Terdapat empat Mahkamah Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia Negeri Perak iaitu di Taiping, Teluk Intan, Manjung dan Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");