Jenayah

Mayat warga asing ditemui terapung

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang warga asing ditemukan terapung kira-kira satu kilometer dari kawasan pantai berhampiran sebuah resot di Pulau Perhentian, Besut semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mayat tanpa pakaian itu ditemui terlentang di atas permukaan air kira-kira pukul 6.39 petang dan berkemugkinan mangsa telah berada dalam tempoh agak lama di dalam air berdasarkan keadaan badan mayat.

“Kita mendapati mayat dalam keadaan bogel dan terdapat tatu pada lengan tangan kanan mayat yang tertulis perkataan ‘I love you’. Ia dipercayai mayatwarga asing,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihak polis sedang menyemak laporan mengenai orang hilang.

Kes ketika ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");