Berita Hari Ini

MPSJ sedia tempat mandi percuma untuk penduduk

SUBANG JAYA – Sebagai tanda prihatin terhadap krisis bekalan air yang melanda beberapa kawasan sekitar Subang Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan kemudahan tempat mandi percuma kepada penduduk.

Yang Dipertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kemudahan di Kompleks 3K Subang Jaya itu dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

Bagaimanapun, penduduk yang menggunakan kemudahan itu tidak dibenarkan membawa keluar air (membawa balik air ke rumah) kerana ia dibuka untuk kegunaan mandi serta membersihkan diri sahaja.

Menurutnya, terdapat 15 bilik mandi termasuk tiga paip yang terletak di luar dan kemudahan tandas boleh digunakan penduduk di kompleks berkenaan.

“Penduduk dilarang melakukan sebarang vandalisme ketika berada dalam kompleks dan diminta menjaga kebersihan serta menggunakan air secara berhemah,”katanya kemudahan itu dibuka hingga 2 November ini.

Nor Hisham dalam pada itu berkata, pihaknya juga membenarkan penduduk di kawasan MPSJ menggunakan kemudahan dewan atau balai raya yang mempunyai bekalan air untuk mandi dan membersihkan diri.

“Penduduk boleh guna tandas di dewan dan balai raya untuk mandi saja tapi mereka tak boleh ambil dan bawa balik air ke rumah,”katanya ketika mengadakan lawatan ke kompleks itu bersama Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dan Adun Kinrara, Ng Sze Han, pagi tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");