Isu Panas

Negara jangan bergantung sumber petroleum sahaja

SHAH ALAM – Pas mengigatkan kerajaan supaya tidak lagi boleh bergantung penuh dengan petroleum sebagai sumber pendapatan negara.

Ini kerana menurut Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, harga komoditi yang kian merudum boleh menjerat ekonomi negara.

Sebaliknya katanya, kerajaan harus menumpukan usaha memperluas dan memajukan sektor pertanian di negara ini.

“Sepatutnya negara yang kaya dengan pelbagai hasil sumber asli dan kedudukannya yang strategik memudahkannya menarik pelabur luar.

“Pergantungan kepada sumber petroleum telah menjerat kerajaan bila mana harga komoditi tersebut merudum. Hari ini, tumpuan harus ditumpukan kembali ke sektor pertanian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menambah, Malaysia semakin jauh ditinggalkan oleh dua negara jiran, Thailand dan Indonesia dalam sektor pertanian.

Menurutnya lagi, Malaysia juga harus mengambil kesempatan daripada Singapura yang hanya bergantung kepada sektor perkhidmatan.

“Kekurangan ini sebenarnya membuka ruang yang luas bagi negara mengambil posisi sebagai sektor bekalan sumber pertanian dan bahan mentah kepada negara jiran ini.

“Pergantungan utama kerajaan kepada cukai iaitu duit daripada rakyat amat membimbangkan.

“Ia juga membuktikan kerajaan ketandusan idea bagi merancang dan mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi yang dijangka berterusan buat beberapa tahun mendatang.

“Jadi langkah ini perlu diambil kira bagi menyelamatkan ekonomi negara pada masa akan datang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");