Perak Hari Ini

Pandu Puteri Malaysia Sumbang Bantuan, Lawat Kanak-Kanak Istimewa

TANJUNG MALIM:Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mengetuai Ahli Pandu Puteri Malaysia untuk program melawat dan menyampaikan sumbangan kepada empat kanak-kanak terpilih yang mengalami masalah kesihatan di sini hari ini.

Isteri Perdana Menteri itu turut berkesempatan memberikan sumbangan dan beramah mesra dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan di dua kediaman di Taman Indah dan Kota Malim Prima.

perak-today-2

Beliau yang juga Pengerusi Permata berkata, program Majlis Sumbangan Kemanusiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Di Tanjung malim ini merupakan program bersempena sambutan ulangtahun Pandu Puteri Malaysia ke-100 yang akan berakhir Disember ini.

“Empat kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan dan kami telah memberikan sumbangan bagi meringan beban ibu bapa mereka kerana mereka masih menerima rawatan di hospital dan memerlukan perbelanjaan yang besar,”katanya dalam satu sidang media sejurus selepas program lawatan berkenaan.

Kanak-kanak tersebut ialah Muhammad Darrien Zafreen Jefri mengalami masalah buah pinggang dan Mohammad Solihin Kamarudin menghidap penyakit Down Syndrome

perak-today-4

Dua lagi kanak-kanak iaitu Muhammad Syafi Hadif Mohd Shahir menderita penyakit ‘microcephaly’ dan ‘cerebral palsy’ dan Amalia Sofia Sudirmi merupakan kanak-kanak pra matang.

perak-today-1

Terdahulu, Pandu Puteri dan PERMATA telah memberi sumbangan sebanyak RM3,500 bagi setiap kanak-kanak.

Rombongan Pandu Puteri telah menaiki keretapi laju ETS dari Kuala Lumpur hingga ke Stesen Tanjung Malim.

perak-today-7

Turut hadir sama Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Sahar Shah.

Hadir sama, isteri Menteri Besar Datin Seri Saripah Zulkifli dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");