Jenayah

Pemandu, penumpang parah kereta rempuh pembahagi jalan

Seremban: Dua parah selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki dan wanita berusia lingkungan 30 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka sebelum Perodua Myvi dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh besi pembahagi jalan.

Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit sebelum orang ramai menghubungi bomba untuk bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abdul Rahim berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.28 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta sudah dikeluarkan orang awam manakala seorang wanita masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Katanya, kedua-dua mangsa yang parah di kepala dan badan diserahkan kepada ambulans serta dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");