Isu Panas

Pembangkang ‘panas’ dengan faedah dinikmati rakyat

PUTRAJAYA: Tindakan beberapa kumpulan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 semalam, menunjukkan mereka ‘kepanasan’ dengan pelbagai pengumuman bakal dinikmati rakyat negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata sebelum ini pembangkang mencanang Malaysia akan menjadi negara gagal.

“Bajet 2017 memanfaatkan semua golongan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU), wanita dan anak muda, merangkumi pelbagai faedah termasuk perumahan jadi pembangkang rasa ‘panas’.

“Mereka uar-uarkan Malaysia akan jadi negara gagal tetapi apa yang dibentangkan semalam menunjukkan kita berada di landasan betul mengikut kemahuan rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Negara, Pelancaran Tong Kitar Semula dan Program Joran Bersama Komuniti Putrajaya di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata, sikap itu berbeza dengan wakil rakyat PAS yang bertindak rasional apabila kekal di dewan sehingga pembentangan selesai.

“Mereka tahu arahan, sekali gus menunjukkan mereka rasional dan tahu apa yang dilakukan parti memerintah untuk memberi penerangan supaya dapat dimaklumkan kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan merangkumi parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara keluar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, masih membentangkan Bajet 2017.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");