Membawang Hari Ini

Penantian dua tahun Azrel berbaloi

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun menunggu, pelakon Azrel Ismail, 30, teruja berganding dengan bintang idolanya, Remy Ishak dalam filem Pulang.

Azrel memberitahu, dia pernah ditawarkan berlakon sebuah drama bersiri bersama Remy tetapi terpaksa ditolak berikutan pertembungan jadual dengan produksi lain.

“Sebagai orang baharu, peluang ini ibarat bulan jatuh ke riba. Kata orang, peluang kedua ini jarang-jarang muncul membuatkan saya sangat bersyukur apatah lagi dapat bekerja dengan sutradara hebat, Khabir Bhatia.

“Ketika ini, penggambaran Pulang masih diteruskan tetapi babak saya bersama Remy belum bermula. Kami hanya berjumpa pada sesi membaca skrip dan dia cukup mesra.

“Biarpun sama-sama berada dalam dunia seni, sebelum ini saya tidak pernah bertemu Remy. Jadi kesempatan diberikan produksi filem Pulang sangat saya hargai,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan terbaharu, Azrel diundang menjadi pengacara bersama pada Anugerah Skrin (ASK) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November depan.

Bintang drama Lelaki Macam Dia ini memberitahu, pengalaman mengendalikan beberapa program televisyen (TV) seperti Bila Bujang Masuk Dapur dan Maskulin menjadikan dirinya bersedia memikul tanggungjawab itu.

ASK 2016 anjuran TV3 meletakkan Alif Satar sebagai hos bersama lapan pengacara lain iaitu Fiza Sabjahan, Sarimah Ibrahim, Haiza, Ajak Shiro, Mira Filzah, Ammar, Issey Fazlisham dan Puteri Aishah.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");