Berita Hari Ini

Perkeso akan bantu staf terlibat kebakaran – Richard Riot

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menghantar Skuad Perkeso Prihatin untuk melihat keperluan dan keadaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) berikutan kejadian kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu yang meragut enam nyawa semalam.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kajian terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan pekerja yang tercedera dengan kejadian tersebut mendapat pampasan yang setimpal.

“Skuad Perkeso Prihatin sentiasa dalam keadaan siap sedia apabila berlaku sebarang kemalangan atau bencana. Kita bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan akan pastikan pekerja yang terkesan mendapat pampasan dan penjagaan rapi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Perkeso di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");