Perak Hari Ini

PERKESO Gubal Akta Baru Untuk Pemandu Teksi

IPOH : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang dalam proses untuk menggubal satu akta baru yang akan memberi manfaat kepada sekitar 73,000 pemandu teksi.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, penggubalan akta itu adalah berdasarkan pengumuman Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk skim perlindungan keselamatan sosial kepada pemandu teksi.

3

“Kerajaan telah umumkan peruntukan sebanyak RM60 juta sebagai geran permulaan dan pertama sekali, PERKESO akan menyediakan satu gubalan akta yang baru iaitu Akta Bekerja Sendiri yang diharapkan dapat dibentangkan dalam waktu terdekat.

“Dijangka jika berdasarkan statistik yang kita ada dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jumlah pemandu teksi yang mungkin akan menerima manfaat dari skim ini ialah sekitar 73,000 pemandu teksi di seluruh negara,”katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Deepavali PERKESO 2016, di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Shahrul Zaman sebelum itu menyampaikan hamper dan duit raya kepada 90 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan anak yatim piatu serta 10 orang penerima faedah dari PERKESO.

Mohammed Azman berkata, pemandu teksi akan menerima faedah yang sama seperti faedah sedia ada yang telah ditadbir oleh PERKESO untuk pekerja-pekerja di bawah definisi ‘Contract of Service’.

“Untuk pemandu-pemandu teksi, ada satu skim yang boleh menjamin kesejahteraan mereka,”ujarnya.

Katanya lagi, akta tersebut diharapkan dapat dibentangkan pada tahun hadapan.

6

Sementara itu, Shahrul Zaman dalam ucapannya berkata, PERKESO yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan penting ke arah mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat pekerja.

“Saya difahamkan bahawa matlamat penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan orang berinsuran dan orang tanggungan pekerja bersempena sambutan perayaan Deepavali pada tahun ini.

“Di samping itu juga, majlis sebegini dapat meningkatkan semangat perpaduan dan memperkukuhkan hubungan sesama kita tanpa mengira bangsa mahupun agama,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");