Perak Hari Ini

PERMATA : Rosmah Sambut Baik Kenyataan ADUN Damansara Utama

TANJUNG MALIM: Pengasas PERMATA, Datin Sri Rosmah Mansor menerima baik kenyataan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berhubung Pusat Anak Permata Negara (PAPN) yang disifatkannya satu perkara yang baik dan  seharusnya disokong oleh semua.

“Ia seharusnya disokong semua kerana projek ini program untuk kanak-kanak terutamanya yang berada di luar bandar dan bagi ibu bapa berpendapatan dibawah RM3,000,” katanya ketika ditemui media sejurus selepas majlis sumbangan kemanusiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di sini hari ini.

Malah jelasnya,PERMATA ditubuhkan menerusi kajian saintifik dan mempunyai hala tuju serta kebolehan tersendiri.

“Saya merasa seronok mereka mula menyedari peranannya dan kepentingan program ini kepada anak-anak menerusi kerjasama dengan kementerian terlibat.

“Kita juga memberi kursus khas untuk guru yang akan mengajar taska PERMATA,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapakan terima kasih kepada Bee Yin dan menyifatkan beliau orang pertama dipihak pembangkang yang tampil memberi sokongan.

“Sama ada beliau suka saya atau tidak ia adalah hak beliau kerana saya bukannya seorang ahli politik dan saya membuat kerja ini kerana kebajikan dan bantuan buat kanak-kanak,” katanya lagi.

Terdahulu, Bee Yin memaklumkan bahawa inisiatif pendidikan awal kanak-kanak, termasuk projek Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak harus ditolak ke tepi hanya kerana individu yang terkait dengannya tidak disenangi ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");