Perak Hari Ini

Persempadanan Semula : BN Tidak Ambil Langkah Sama Seperti Pembangkang

KUALA KANGSAR : Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan mengambil langkah serupa yang digunakan pihak pembangkang dalam menyuarakan bantahan atau cadangan berhubung persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, adalah tidak adil mengatakan persempadanan semula itu menjadi masalah kepada pembangkang semata sebaliknya BN turut merasai perkara yang sama.

“BN Negeri Perak juga akan mengemukakan cadangan dan membuat bantahan bagi menyatakan pandangan memandangkan kawasan yang dikemukakakn turut memberi impak kepada kedudukan yang sedia ada.

“Oleh yang demikian, saya ingin menjelaskan di sini bahawa ia bukan hanya seolah-olah digambarkan masalah dihadapai pembangkang, tetapi urusan yang dibuat oleh SPR sebenarnya menyentuh semua,”katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, di sini, pada Sabtu.
9-2

Turut hadir ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Manong, Kamil Shafie, ADUN Chandan, Maslin Sham Razman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Zambry yang juga Menteri Besar turut berkata, BN akan mengemukakakan cadangan-cadangan balas sebelum 14 Oktober hadapan.

“Kita perlu menyatakan tetapi kita tidak ambil pendekatan seperti pembangkang yang terus melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

“SPR mempunyai alasan mereka dan kami pula diperingkat parti mempunyai hujah-hujah untuk dikemukakan dan kita mengharapkan agar apa yang kita suarakan diberi pertimbangan. Tetapi untuk terus membuat tuduhan kepada SPRM, bukan kerja kita,”tegasnya.

7-6

Ujar Zambry, di negeri ini jumlah kawasaan yang terlibat ialah 17 kawasan Parlimen, 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 64 daerah mengundi.

Dalam masa yang sama, Zambry turut membidas pembangkang yang kononnya mendakwa persempadanan semula ini adalah salah satu helah BN.

“Pembangkang cuba mengaitkan dengan BN seolah-olah ini merupakan usaha BN dan ini bagi saya tuduhan yang jahat dan cuba untuk mengelirukan rakyat,”katanya.

Terdahulu, Zambry turut menyampaikan Anugerah Khas kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Anuar yang diterima oleh anaknya, Wan Emir Astar di atas jasanya sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");