Berita Hari Ini

Pesakit HSA dipindah ke hospital berdekatan

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu pesakit-pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan dipindahkan ke hospital berdekatan di Johor Bahru.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai maklumat kejadian itu dari semasa ke semasa.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat mangsa akibat kejadian ini, termasuk dalam kalangan pesakit dan staf.

“Pesakit lain adalah sedang dalam proses dihantar ke hospital-hospital lain berdekatan Johor Bahru, terutamanya Hospital Sultan Ismail,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di HSA.

Noor Hisham berkata, orang ramai diharap agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini.

“Semoga keadaan ini dapat dikawal daripada merebak dan didoakan agar pesakit dan warga HSAJB berada dalam keadaan selamat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");