Perak Hari Ini

Piala FAM : Fokus Pada Perlawanan Akhir

IPOH : Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dan Majlis Sukan India Malaysia – Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) FC akan memberi fokus terhadap perlawanan akhir kedua bagi Piala FAM 2016 yang akan berlangsung malam esok di Stadium Perak.

peraktoday2-2Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, bermain di laman sendiri akan memberi kelebihan kepada pasukannya.

“Kami akan memberi tekanan kepada MISC-MIFA FC kerana bermain di padang sendiri tambahan pula rekod menunjukkan kita belum tewas lagi di sini (di padang sendiri).

“Jadi kita harap pada perlawanan akhir kedua esok, kemenangan akan berpihak kepada PKNP FC,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Pada perlawanan akhir pertama, PKNP FC tewas 1-0 kepada MISC-MIFA FC.

Dalam masa yang sama, Abu Bakar berkata, isu yang berlaku pada perlawanan pertama Piala FAM tidak akan mengganggu prestasi pasukannya.

Terdahulu, MISC-MIFA FC menghantar bantahan kerana mendakwa PKNP menurunkan pemain yang tidak sah kerana menerima dua kad kuning pada dua perlawanan terdahulu.

“Kita akan bermain seperti biasa kerana isu tersebut dalam siasatan lagi. Kalau mereka membuat bantahan, mereka perlu mengikut peraturan yang ada dalam Liga Malaysia.

“Kita ada bukti-bukti yang ada untuk kita ‘counter’ balik. Isu ini tidak menjejaskan pasukan kita dan kita tetap memberi fokus pada perlawanan malam esok,”katanya.

Sementara itu, bagi jurulatih MISC-MIFA FC, Jacob Joseph berkata, beliau mengingatkan para pemainnya untuk terlalu gembira dengan kemenangan 1-0 pada perlawanan akhir pertama.peraktoday1-3

“Saya katakan kepada pemain-pemain saya lupakan sahaja 1-0 itu. Itu adalah satu bonus. Kita masih ada 90 minit untuk hadapi PKNP FC.

“Memang sudah ada tekanan kerana PKNP FC tidak pernah kalah bermain di padang sendiri. Jadi diharapkan agar MISC-MIFA FC dapat membuat sejarah di sini esok sekaligus membawa balik Piala FAM,”katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, isu bantahan yang dikemukakan pihaknya tidak akan mengganggu prestasi pasukannya.

Sebaliknya, beliau turut mengingatkan para pemain supaya memberi fokus kepada permainan tanpa memikirkan tentang isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");