Sukan Hari Ini

Program GoGolf dekati masyarakat

Kuala Lumpur: Persatuan Golf Malaysia (MGA) mengambil langkah proaktif untuk mendekatkan sukan dipertandingkan di Sukan Olimpik itu dekat di hati masyarakat apabila memperkenalkan Program GoGolf semalam.

Presiden Tan Sri Anwar Mohd Nor berkata program berkenaan hasil perbincangan antara MGA dan beberapa rakan strategik sejak tiga tahun lalu untuk membolehkan setiap lapisan masyarakat dari semua peringkat umur mudah membabitkan diri dalam sukan berkenaan.

“Objektif Program GoGolf adalah untuk membawa sukan ini kepada masyarakat tanpa sebarang sempadan. Ia juga sejajar dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu sukan golf menjadi terlalu eksklusif,” katanya dalam sidang media semalam.

Jelasnya, program berkenaan akan membolehkan kanak-kanak membabitkan diri dalam sukan golf melalui pembangunan akar umbi, membabitkan lebih 170 lapangan golf yang bernaung di bawah MGA.

“Sekarang kita dapat lihat semua lapangan mempunyai program remaja. Skuad kebangsaan juga sekarang ini sudah mampu untuk membariskan pemain seawal usia 14 tahun. Sukan ini harus disertai pada usia muda iaitu 15 tahun kerana kebanyakan pemain luar negara berjaya memenangi kejohanan utama pada usia berkenaan.

“Objektif program ini untuk membolehkan ahli GoGolf mempunyai akses beraksi di mana-mana lapangan dan setakat ini 70 lapangan sudah mengesahkan akan menyediakan program berkenaan. Seseorang pemain itu akan mendapat layanan eksklusif,” katanya.

Ujar Anwar, MGA akan mengadakan satu lagi sesi pelancaran GoGolf apabila semua perkara sudah diuruskan termasuk mengumumkan laman portal serta yuran keahlian.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");