Membawang Hari Ini

Raja Farah tak kisah soal berat badan

KUALA LUMPUR: Lazimnya, artis wanita yang baru melahirkan anak, cenderung mengelak bergambar atau ditemubual biarpun permintaan diajukan ketika bayi sudah berusia enam bulan malah setahun.

Memahami perubahan rutin hidup selebriti bergelar ibu, media selalunya memberi masa untuk artis benar-benar bersedia untuk dirakamkan gambar bersama si comel tersayang buat tatapan peminat.

Namun, bagi Raja Farah, 28, pelakon yang baru melahirkan bayi comel, Imran Iskandar berusia sebulan, tidak kisah gambarnya dirakam ketika keadaan fizikalnya berubah selepas melalui tempoh kehamilan dan melahirkan anak.

Kembali mengendalikan program Assalamulaikum terbitan stesen televisyen (TV), Al Hijrah sejak 1 Oktober lalu, tidak pernah runsing dengan soal pertambahan berat badan selepas melahirkan Imran.

“Saya tak mahu menjadikan soal berat badan selepas hamil sebagai masalah yang boleh membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan.

“Namun, bukanlah bermakna saya tidak memikirkan soal diet atau mahu mendapatkan berat badan sebelum hamil. Malah, jika diikutkan, saya tidak pernah mencapai berat badan ideal sebelum hamil,” katanya.

Tidak malu berkongsi berat badannya, Raja Farah memberitahu, beratnya ‘naik’ 15 kilogram (kg) sepanjang tempoh kehamilan.

“Sebelum hamil, berat badan saya adalah 66 kg. Namun, saya perhatikan, selepas bersalin, berat badan saya mula menurun. Kali terakhir ditimbang adalah 73 kilogram,” katanya.

Raja Farah berkata, dia tidak mahu terlalu ekstrem mengawal diet dan pemakanan bagi mendapatkan tubuh ideal.

“Ini kerana saya bimbang proses penghasilan susu dalam badan akan terganggu. Biarlah saya alami detik indah ini untuk tempoh beberapa bulan.

“Saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Imran,” katanya yang berkahwin dengan Iskandar Ismail, 34.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");