Berita Hari Ini

Raja Zarith Imbau Kenangan Ziarah Tunku Jalil

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menulis di laman Facebooknya bagaimana tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengingatkan baginda sewaktu melawat anakandanya.

Memori bersama anakandanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar Tunku Ibrahim berlegar-legar di fikirannya semasa menziarahi jururawat yang cedera dalam kebakaran pada Selasa lalu.

“Apabila beta terlihat ibu salah seorang jururawat, beta terpaksa menahan sebak dan memilih untuk tersenyum.

“Beta teringat bagaimana perasaan melihat anak lelaki beta menanggung kesakitan dan tidak terdaya membantunya,” tulis baginda.

Raja Zarith bertitah insiden itu mengingatkan baginda mengenai ketidaktentuan dalam kehidupan dan bagaimana kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata.

Pada masa itu, Raja Zarith bertitah baginda mahu bersama semua anakandanya untuk ‘melihat dan menyentuh mereka dan tahu mereka sentiasa sihat.’

Sudah hampir setahun Tunku Abdul Jalil yang juga anak keempat Sultan Johor meninggal dunia akibat kanser hati.

“Beta dan keluarga akan terus menyokong sesiapa sahaja yang terlibat dalam tragedi itu.

“Kita sudah berbincang mengenai cara untuk mendapatkan sumbangan peralatan perubatan dan keperluan hospital. Kita lakukannya bersama. Muafakat Johor,” katanya.

Pada pagi Selasa, unit rawatan rapi (ICU) HSA terbakar dan menggorbankan enam nyawa pesakit.

HSA sekali lagi terbakar pada petang Rabu, kali ini membabitkan bilik bedah di hospital itu.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");