Jenayah

RM10,000 dalam almari hangus

TUMPAT – Seorang warganegara Thailand kerugian RM10,000 apabila wang yang disimpan di dalam almari hangus bersama kediamannya di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu, malam kelmarin.

Mangsa, Abdul Talib Hasan, 44, berkata, wang berkenaan adalah kepunyaan anak sulungnya.

Menurutnya, kebakaran itu disedari anaknya, Mohd Azim, 13, apabila ternampak api ketika sedang membaiki basikal di halaman rumah.

“Dia nampak api di rumah Rozita, lalu cakap pada saya yang sedang menonton televisyen, saya jenguk keluar dan nampak api marak.

“Saya terus kejutkan anak-anak dan isteri untuk selamatkan diri, manakala Mohd Azim pergi cari Rozita untuk beritahu rumahnya terbakar,” katanya yang mempunyai lapan anak.

Menurutnya, dia hanya sempat menyelamatkan televisyen, manakala harta benda lain hangus.

Katanya, dia terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan wang anak sulungnya, Hasan, 18, kerana tidak mengetahui anaknya ada menyimpan wang itu di dalam almari.

“Masa itu anak sulung saya tak ada dekat rumah, saya tak tahu dia simpan duit itu untuk beli kereta,” katanya memaklumkan anaknya berniaga atas talian dan tukang rumah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");