Membawang Hari Ini

Rozita Rohaizad Enggan Peduli Dicemuh Kerana Lagu ‘Anak Ikan’

PETALING JAYA: Penyanyi Rozita Rohaizad enggan mengambil peduli tentang cemuhan segelintir pihak yang menganggap dirinya tidak sedar diri apabila muncul dengan lagu terbaharu berjudul Anak Ikan.

Rozita, 59, berkata, usia bukan penghalang untuk dia muncul dengan lagu genre dangdut itu dan meminta masyarakat agar menghormati perjuangannya sebagai anak seni.

“Saya sedar ramai yang kritik dan menganggap saya tidak sedar diri tapi saya malas untuk ambil peduli dan membaca komen-komen negatif itu.

“Saya harap mereka berhenti menghukum saya dengan meminta saya menjadi makcik-makcik di dapur, saya seorang yang ceria dan sentiasa gembira dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya kepada mStar Online.

Dia menjawab tentang segelintir pihak yang mengkritik persembahannya dalam sebuah video pada pelancaran lagu tersebut minggu lalu. Mereka mengganggap ia sebagai tidak sesuai kerana faktor usianya.

Sementara itu, Rozita turut menjelaskan maksud lagu tersebut Anak Ikan yang menujukan kepada kekasih muda itu hanyalah sekadar hiburan semata-mata.

Tambah anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani ini, dia tidak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki yang lebih muda daripada usiannya.

“Lagu tersebut hanya hiburan semata-mata dan tidak menggambarkan diri saya pun. Saya akui ada berkawan dengan ramai lelaki yang lebih muda tapi hanya kawan-kawan sahaja.

“Saya suka lagu ini kerana ia catchy dan bertenaga apabila dipersembahkan di atas pentas,” ujarnya.

Sementara itu, Rozita berkata, dia perlu menjaga stamina dan kesihatan dengan baik dalam mempromosi lagu yang memerlukannya untuk banyak menari.

Istilah ‘anak ikan’ sering digunakan dalam dunia hiburan bagi merujuk kepada lelaki muda kacak yang sering menjadi perhatian ramai.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");