Sukan Hari Ini

Satu piala musim depan: Idris

JUARA Liga Perdana, Melaka United meletakan sasaran sekurang-kurangnya membawa pulang satu kejuaraan ke bumi Hang Tuah itu dalam saingan Liga Malaysia musim depan, lapor AMRAN ALI.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau yakin sasaran itu mampu diraih setelah memadamkan penantian 33 tahun untuk menjuarai Liga Perdana.

“Visi saya musim depan adalah memenangi satu daripada tiga piala ditawarkan sama ada Piala FA, Piala Malaysia atau tidak salah kalau sekiranya saya sasarkan Piala Liga Super.

“Terpulanglah kepada pengurusan, kalau mereka merasai kekuatan sedia ada boleh mengharungi badai di Liga Super, silakan,” katanya selepas majlis sambutan kemenangan Melaka United di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini, semalam.

Idris berkata, beliau mengharapkan persembahan terbaik pasukan namun soal taktikal dan teknikal tanggungjawab pengurusan Melaka United.

“Saya cuma boleh beri satu resipi iaitu untuk dapatkan suatu yang berkualiti prosesnya perlu berkualiti, jangan haraplah untuk dapatkan hasil berkualiti tetapi masih lagi melalui proses sama,” katanya.

Katanya, kejayaan merangkul kejuaraan Liga Perdana sekali gus mengangkat kembali maruah bola sepak Melaka.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");