Jenayah

Sejam derita tangan tersepit mesin kisar daging

BINTULU: Seorang pekerja sebuah restoran di sini, terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangannya tersepit di dalam mesin pengisar daging, hari ini.

Ketika kejadian itu jam 10.30 pagi tadi, lelaki warga Indonesia berusia 22 tahun sedang menyediakan bahan untuk hidangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang ditemani majikan serta lapan rakan sekerjanya datang ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu pada jam 10.45 pagi untuk meminta bantuan mengeluarkan tangannya.

“Hujung jari hingga pergelangan tangan mangsa tersepit dalam mesin pengisar daging itu.

“Anggota kami berjaya mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas pada jam 11.44 pagi dan mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");