Panasnya Hari Ini

Shafie Kelirukan Rakyat Guna Fakta Salah – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bertindak mengelirukan rakyat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menggunakan fakta salah.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya dakwaan Mohd Shafie iaitu 60 peratus saham Bandar Malaysia dijual kepada China, dibuat berdasarkan emosi.

Dakwanya lagi, ia jelas menunjukkan Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, tidak memahami apa yang berlaku dalam 1MDB, khususnya membabitkan transaksi dan hanya cuba mengaburi mata rakyat.

“Ada dua entiti dalam konsortium yang membeli 60 peratus saham Bandar Malaysia, iaitu Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) dengan kepentingan 60:40.

“Ertinya, perkiraan akhir adalah Malaysia melalui Kementerian Kewangan (40 peratus) dan IWH (36 peratus) memegang 76 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, manakala syarikat dari China iaitu CREC hanya memiliki 24 peratus.

“Saya faham beliau cuba mengaburi mata rakyat, khususnya di Semporna dengan satu percubaan yang amat mengecewakan,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mempertikaikan beberapa keputusan kerajaan membabitkan 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");