Isu Panas

Sokong pembangkang mengaburkan mata hati Muhyiddin

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mempertikaikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan tiada dana mencukupi untuk melaksanakan Bajet 2017 yang dibentangkan, semalam.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, tidak menyediakan belanjawan sesuka hati sebaliknya berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan jangkaan perolehan hasil negara, tahun hadapan.

“Dalam penyediaan bajet, Perdana Menteri melakukan kajian mendalam dan menerima nasihat daripada pelbagai pihak termasuk Khazanah Nasional Berhad, selain sektor swasta, perbankan dan (beberapa) institut kajian.

“Setiap belanjawan tentu akan mengambil kira unsur keberhasilan kerajaan dan kita mempunyai dana yang cukup untuk diagihkan kepada kumpulan sasar,” katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan Penolong Penguasa Imigresen Siri 2/2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pasti memahami perkara itu, namun kedudukannya yang menyebelahi pembangkang ketika ini mengaburkan matanya untuk menerima hakikat itu.

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");