Membawang Hari Ini

‘Spider-Man’ Berpisah Selepas Sembilan Tahun Berkahwin

PELAKON yang terkenal menerusi watak Peter Parker dalam filem Spider-Man iaitu Tobey Maguire berpisah dengan isterinya selepas sembilan tahun berkahwin.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Tobey dan isterinya, Jennifer Meyer dalam satu kenyataan bersama, lapor majalah People.

“Selepas membuat pertimbangan sewajarnya kami mengambil keputusan untuk berpisah.

“Bagaimanapun hubungan kami akan terus kekal baik demi membesarkan dua anak kami dengan penuh kasih sayang,” kata kenyataan tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ruby Maguire, 9, dan Otis Maguire, 7 tahun.

Terdahulu, Tobey dan Jennifer menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");