Jenayah

Suspek kes dera budak OKU direman

Johor Bahru: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan ibu dan bapa saudara tiri kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), yang meninggal dunia dipercayai didera, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Oktober ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Faridatul Farrah Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, seorang lagi suspek iaitu bapa tiri mangsa turut ditahan reman tujuh hari bermula sehingga 26 Oktober ini selepas mendapat perintah reman daripada Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.

Mohamad Roshammudin Abdullah, 11, disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Endau selepas dirujuk ke klinik berkenaan oleh ibu dan bapa tirinya sejurus ditemui dalam keadaan terbaring dengan kakinya terhempap tong air di dalam bilik air di Bukit Tekedai, Endau, 4.30 petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai didera selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan melepuh seperti kudis buta atau terkena objek panas seperti puntung rokok pada badan mangsa.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");