Sukan Hari Ini

Tekad kekalkan piala di bumi Selangor

KAPTEN Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam menjanjikan aksi terbaik sekali gus mahu menghadiahkan trofi Piala Malaysia untuk kali ke-34 buat seluruh rakyat Selangor.

Baginya, dengan mempertahankan trofi kejuaraan ini adalah cara untuk pasukannya berterima kasih kepada penyokong yang sentiasa berdiri di belakang pasukan.

“Sasaran kami sudah tentulah ingin mempertahankan piala di bumi Selangor. Saya percaya dengan cara inilah kami dapat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor khususnya penyokong Merah Kuning yang sering berdiri bersama kami di kala menang mahupun kalah.

“Jadi saya berharap dalam perlawanan terakhir musim ini, pemain dapat memberi persembahan terbaik dan tiada istilah untuk berundur demi mempertahankan piala ini.

“Kepada penyokong, saya harap anda semua akan sentiasa berada di belakang pasukan dan datanglah untuk menyokong kami. Sebab Selangor ini bukan hanya kami, tetapi untuk semua,” katanya,

Mengulas persiapan skuad Gergasi Merah menjelang pertemuan final dengan Kedah di Stadium Shah Alam, Ahad ini, Shahrom berkata, semuanya berjalan dengan lancar.

“Persiapan setakat ini alhamdulillah berada di tahap terbaik. Kami sudah memulakan latihan hari ini (semalam) dan ia akan berterusan sehingga hari penentuan nanti.

“Apa yang boleh dilihat, moral pemain sudah semakin meningkat dan semuanya berada dalam keadaan bersedia untuk mendapatkan tempat dalam perlawanan akhir nanti.

“Berita yang paling baik ialah pasukan kami juga bebas kecederaan dan bebas penggantungan untuk beraksi di final. Ini memberikan lebih keyakinan kepada kami,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");