Jenayah

Tempoh reman jurutera, pembantu dilanjut

KOTA KINABALU: Tempoh tahanan reman dua jurutera dan dua pembantu jurutera sebuah jabatan kerajaan di Sabah dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Sumber rapat pasukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman bagi keempat-empat individu terbabit masing-masing dikeluarkan di Mahkamah Majistret Tawau dan Lahad Datu.

“Sambungan reman terhadap keempat-empat suspek akan tamat pada 27 Oktober depan,”kata sumber itu di sini, hari ini.

Dua jurutera bahagian yang masing-masing bertugas di Tawau dan Lahad Datu serta dua pembantu jurutera yang bertugas di Tawau adalah antara 19 pegawai kanan yang ditahan SPRM pada Rabu lepas.

Sebelum ini, empat individu terbabit ditahan reman empat hari berakhir hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan 19 pegawai kanan, rampas RM4.2 juta]

Menurut sumber itu, setakat ini, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM7.2 juta daripada suspek-suspek yang ditahan dalam Op Water Fasa II.

“SPRM masih dalam proses merakam percakapan semua suspek yang ditahan untuk mengumpul lebih banyak maklumat melibatkan kes itu,” kata sumber itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada 4 Oktober lepas, SPRM menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek infrastruktur berkenaan.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka dibebaskan dengan masing-masing dikenakan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");