Perak Hari Ini

TIC Terbuka Kepada Semua Kaum

IPOH: Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) terbuka untuk pelajar daripada pelbagai kaum di negara ini.

Pengasasnya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pelbagai persepsi wujud mengenai kolej tersebut berhubung pengambilan pelajar.

“Selama hari ini, macam-macam persepsi ataupun tanggapan masyarakat berbilang kaum yang mengatakan ia (TIC) adalah untuk pelajar Melayu sahaja dan sebagainya.

perak-today-2

“Sebenarnya kolej ini untuk semua kaum dan pelajarnya terdiri daripada berbilang bangsa antaranya Melayu, Cina, India dan juga Sikh,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Bhangra Beats 2016 yang dianjurkan oleh United Sikhs TIC (USTIC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin.

Tajuddin berkata, majlis yang diadakan tersebut bertujuan untuk memberikan kesedaran atau makluman kepada masyarakat Sikh tentang peluang pendidikan di TIC.

perak-today-1

“Sekarang sudah ada 46 orang pelajar daripada komuniti Sikh di kolej ini dan kita yakin selepas ini lebih ramai lagi pelajar yang akan menyambung pelajaran di sini.

“Saya sebagai pengasas TIC sangat gembira dan berbesar hati melihat perkembangan kolej ini dimana ia menjadi satu institusi pengajian tinggi swasta yang memberi ruang kepada anak bangsa rakyat Malaysia untuk menimba ilmu dan pengetahuan serta memajukan diri masing-masing,” katanya lagi.

perak-today-4

Terdahulu, pada majlis tersebut Tajuddin telah memberikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada USTIC.

Manakala Tina turut menyumbangkan biasiswa TIC sebanyak RM1.5 juta kepada USTIC untuk tujuan dana pembelajaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");