Isu Panas

Tindakan keluar dewan tanda protes

SHAH ALAM: Tindakan sebilangan ahli parlimen pembangkang yang keluar dewan sewaktu pembentangan Bajet 2017 adalah sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, tindakan itu diambil berikutan Najib dilihat menggunakan platform pembentangan bajet bagi melancarkan serangan politik kepada pihak lawan.

“Ini amat nyata kerana di dalam ucapan-ucapan beliau dipenuhi dengan unsur retorik.

“Sepatutnya beliau fokus kepada dasar-dasar dan bagaimana kerajaan akan bantu rakyat, namun jelas platform ini digunakan untuk melancarkan serangan politik,” katanya, semalam.

Anthony berkata, tindakan keluar dewan itu juga sebagai protes kepada Najib yang masih belum memberi penjelasan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Malaysia Official 1 (MO1).

“Bagi kita, beliau tidak layak untuk terus duduk di kerusi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan kami tidak bersetuju selagi beliau tidak menjawab isu-isu terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, ahli parlimen pembangkang keluar dewan bagi menzahirkan penolakan terhadap isi kandungan ucapan Najib dalam Bajet 2017.

Menurutnya, sebagai warganegara Malaysia dan wakil kepada rakyat negara ini, pihaknya tidak boleh diperbodohkan sedemikian rupa, sedangkan satu dunia telah mengetahui mengenai kepincangan yang berlaku.

“Satu dunia tahu keadaan ekonomi negara yang kleptocracy dan kita tak boleh tahan lagi.

“Sebab itu kami ambil keputusan untuk keluar dari dewan ketika pembentangan bajet tersebut,” katanya.

Menurutnya, Najib seakan-akan cuba mewujudkan keadaan di mana ekonomi negara ini masih boleh dikawal.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");