Perak Hari Ini

TUBE 3.0 Lahir 493 Usahawan Belia Bumiputera Baharu

GOPENG: Seramai 493 usahawan belia bumiputera baharu dapat dilahirkan menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 3.0 yang dilaksanakan di 10 Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 49 usahawan berasal dari negeri Perak.

Program yang berlangsung selama tiga minggu bermula 2 hinggga 22 Oktober 2016 tersebut telah dianjurkan oleh SME Corp Malaysia.

peraktoday-1

Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta TUBE 3.0 bagi negeri Perak telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri, Nor Eni Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin.

peraktoday1-1

Samsudin berkata, program TUBE tersebut perlu diteruskan berikutan ia telah memperlihatkan kejayaan usahawan belia yang mana mereka telah dapat menjana lebih banyak pendapatan.

“Kalau sebelum ini, pendapat mereka hanya sedikit, kini pendapatan mereka telah mencapai RM20,000, RM30,000 dan sebagainya.

“Ini adalah hasil daripada program TUBE 1.0, 2.0 dan insyaallah kali ketiga ini juga akan mencapai perkara yang sama,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program penutup TUBE 3.0 di RTC Gopeng di sini, hari ini.

peraktoday5

Beliau berharap agar pihak yang terbabit dapat membantu kesemua usahawan daripada program TUBE ini untuk menjadi seorang yang usahawan berjaya selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

peraktoday7

Dalam pada itu, Rizal ketika ditemui berkata, pihaknya akan terus memantau kesemua peserta TUBE untuk memastikan mereka berjaya menjadi seorang usahawan.

“Kita akan memantau 49 peserta dari negeri Perak dan secara keseluruhannya 500 seluruh negara agar kita dapat membimbing mereka terus berjaya

“Selain itu, dengan geran yang diberikan sebanyak RM15,000 setiap peserta yang layak sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulakan perniagaan dan kita akan pastikan mereka membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

peraktoday2

Terdahulu, pada majlis tersebut, Samsudin turut menyerahkan surat kelulusan kepada 12 penerima Geran Program Peningkatan Keupayaan Enteprise Bumiputera (BEEP) Negeri Perak 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");