Sukan Hari Ini

UiTM mudah belasah lawan

Kuala Lumpur: Membawa status selaku juara bertahan cukup membuatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula garang apabila mudah membelasah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 5-1 pada saingan Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2016 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak, semalam.

Pengendali UiTM Muhammad Ezuan Othman berkata, pasukannya melakukan persediaan cukup rapi bagi menyertai kejohanan itu dengan menyasarkan untuk mempertahankan gelaran itu buat kali kedua berturut-turut.

Katanya, komitmen dan disiplin tinggi sepanjang tempoh persiapan itu akhirnya membuahkan hasil dan beliau menyeru supaya momentum positif itu dapat dikekalkan dalam aksi berikutnya selepas ini.

“Kami melakukan persiapan rapi dengan membawa pemain menjalani latihan pusat selama 10 hari sebelum bermulanya kejohanan ini.

“Kami juga melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal negara bagi menguji jentera serangan kami.

“Saya meletakkan sasaran menjadi juara pada kejohanan ini untuk mempertahankan kejuaraan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, Kolej Komuniti Selangor berpesta gol apabila menewaskan Politeknik Sarawak 8-2 manakala Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menang tipis 3-2 ke atas Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Muadzam Shah.

Pasukan Universiti Kuala Lumpur BMI pula meraih tiga mata selepas menang 7-4 ketika bertemu Universiti Malaysia Sarawak.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");