Sukan Hari Ini

UniKL kuasa futsal IPT

Kuala Lumpur: Kejohanan Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menutup tirainya semalam menyaksikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) muncul juara selepas membelasah Kolej Komuniti Selangor 9-6 pada aksi final.

Sebagai juara, UniKL membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta piala pusingan dan iringan sementara naib juara membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan.

Lebih manis lagi apabila pemain UniKL, Muhammad Nazrin Mazlan dinobat sebagai pemain terbaik kejohanan manakala rakan sepasukan, Arif Johan pula meraih anugerah penjaring terbanyak dengan meledak 10 gol. Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah barangan sukan sumbangan Futsala Sports Sdn Bhd.

Pengurus pasukan UniKL, Muhammad Irwan Omar berkata, kejayaan pasukannya itu di luar jangkaan kerana mereka langsung tidak diletakkan sebarang harapan pada awal saingan.

“Kejayaan ini hasil pengorbanan pemain dan pengurusan futsal UniKL yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan walau tidak diletakkan sebarang sasaran.

“Pemain dan jurulatih melakukan yang terbaik dan Alhamdulillah mereka buktikan kepada semua pasukan UniKL mampu melakar sejarah tersendiri walaupun sebelum ini tiada siapa yang memandang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu pasukan ini hingga kami berjaya ke tahap ini,” katanya semalam.

Sementara itu, pemain terbaik kejohanan Nazrin mengucapkan penghargaan kepada pengendali pasukan, Fitri Muhamad Yatim yang berjaya memantapkan persembahan pasukan itu.

“Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kami (Fitri) yang banyak membantu kami rata-ratanya pemain futsal biasa hingga kami merangkul kejuaraan ini.

“Kami sekadar pemain biasa yang tidak pernah mewakili negara atau mana-mana kejohanan besar namun berkat doa dan latihan yang rapi kami berjaya hari ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");