Membawang Hari Ini

Video Dubsmash: Jadi pilihan Otam Blurr

APLIKASI Dubsmash kini menjadi antara medium untuk individu kreatif mengetengahkan bakat mereka di media sosial. Meskipun ada yang memberi respons berbelah bahagi terhadap aplikasi ini, namun ia tetap menjadi perhatian ramai apabila ada paparan video tersebut cukup menarik dan mencuit hati.

Misalnya video Dubsmash yang dilakukan seorang personaliti viral, Otam Blurr atau nama sebenarnya Mohd Rustam Johari.

Menerusi akaun Instagram rasmi iaitu @Otamblurr, pemuda yang berasal dari Melaka ini cukup yakin dengan paparan video yang sarat humor, lengkap dengan jalan ceritanya yang tersendiri.

Antara videonya yang menarik perhatian pengguna media sosial ialah adegan yang diinspirasikan menerusi filem Maria Mariana lakonan Ziana Zain dan Erra Fazira.

Sehingga kini, video yang berdurasi seminit itu sudahpun ditonton sebanyak 55,936 kali dengan 535 komen.

Selain itu, sebuah video yang turut diinspirasikan menerusi program bersama beberapa orang rakannya, turut mendapat perhatian ramai. Meskipun ia sudah lama menjadi viral di laman sosial, namun video tersebut kekal menjadi perhatian, dengan lebih 31,000 tontonan.

Paparan video Dubsmash lain yang kebanyakannya diambil menerusi adegan filem-filem Melayu era 50-an, 60-an seperti Madu Tiga, Bujang Lapok dan sebagainya juga menarik untuk ditonton.

Menariknya, pemuda yang berusia 29 tahun ini turut mempunyai laman khas untuk peminatnya di Faceboook, dengan menggunakan nama Otamblurr Fanpage.

Laman tersebut mempunyai lebih 79,000 pengikut. Medium tersebut pastinya menjadi perantara buatnya dengan peminat.

Populariti yang diraih Otam pastinya menjadi semangat buatnya untuk terus mencari idea untuk memuat turun video Dubsmash yang memancing perhatian ramai, sehingga mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial khususnya generasi muda.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");