Isu Panas

Yakin lebih ramai calon dari Pemuda MCA

KANGAR – Pemuda MCA yakin lebih banyak calon daripada pergerakan itu akan diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketuanya, Senator Chong Sin Woon berkata, pihaknya telah mencadangkan nama calon yang layak kepada pucuk pimpinan parti yang kini dalam peringkat saringan akhir barisan calon yang berpotensi.

“Saya yakin kali ini lebih ramai calon pergerakan Pemuda MCA akan mendapat peluang menjadi calon,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Pemuda MCA Perlis di sini, malam tadi. Turut hadir Naib Pengerusi MCA Perlis Khaw Hock Kong.

Namun, katanya keputusan muktamad barisan calon parti hanya akan dibuat selepas pucuk pimpinan parti mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap pengerusi Barisan Nasional.

Beliau berkata, MCA membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU14 termasuk meneliti kesesuaian calon yang dicadangkan untuk bertanding.

Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, MCA akan berusaha merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan yang jatuh kepada PKR pada PRU13.

“MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai sedang menggandakan usaha menyatupadukan ahli di bawah kempen ‘Stronger Together’.

“Kini tiada lagi puak A atau puak B. Gerak kerja kita lebih menyeluruh sehingga akar umbi,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");