Perak Hari Ini
Like

UTP Terima Anugerah Potensi Inovasi

November 10, 2016
741 Views
0 Comments
2 minutes read
UTP Terima Anugerah Potensi Inovasi

IPOH : Universiti Teknologi Petronas (UTP) menerima Anugerah Potensi Inovasi di Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-29 yang diadakan, hari ini.

Dengan anugerah itu, UTP membawa pulang wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal.

Bagi kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) dimenangi oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memenangi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT).

1

Semua pemenang membawa pulang wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil.

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pula memenangi kategori Anugerah Tema hari Inovasi Terbaik yang membawa pulang wang tunai RM300, piala iringan dan sijil.

Sebanyak 32 penyertaan diterima daripada agensi-agensi dan jabatan-jabatan awam negeri Perak menyertai pada tahun ini sempena Hari Inovasi.

Zambry dalam ucapan perasmiannya berkata, semua pihak perlu berusaha supaya dapat bergerak ke hadapan dengan idea-idea baru.
“Paling utama yang kita perlu usahakan ialah bagaimana setiap dari kita dapat menghasilkan sesuatu yang baru.

“Idea tidak boleh berada pada satu-satu tahap tetapi perlu berkembang,”katanya.

Sementara itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh memenangi Anugerah Menteri Besar bagi Kategori Pengurusan dan manakala bagi Kategori Teknikal pula dimenangi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak sempena Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam ke-29.

Sebanyak 28 kumpulan daripada jabatan negeri, jabatan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan di negeri ini menyertai KIK yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Teknikal dan Pengurusan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply