Perak Hari Ini

70 Pelajar Sertai ‘Tourism Photo Trail 2016’

IPOH : Hampir 70 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dari dalam dan luar negeri Perak telah menyertai ‘Tourism Photo Trail 2016’ yang diadakan, di sini, hari ini.

Antara IPT yang menyertai program tersebut ialah Politeknik Ungku Omar (PUO), Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pekan, Pahang.

Program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak itu telah berlangsung sehari dan diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.

3

Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib berkata, menerusi program ini, para pelajar diberi pendedahan serta mempromosikan produk-produk pelancongan di negeri ini, khususnya di Ipoh.

“Dalam sektor pelancongan, kita perlu ada satu daya tarikan untuk menarik pelancong datang ke tempat kita dan salah satunya adalah melalui gambar.

“Gambar-gambar ini dimuatnaik di laman Facebook Tourism Malaysia Perak untuk dihebahkan kepada pelancong-pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut, hari ini.

4

 

Ujarnya, sebanyak tiga tema utama telah dipertandingkan dalam Tourism Photo Trail 2016 kali ini iaitu Heritage Trail, Food Trail dan Mosque Trail.

Untuk program ini, peserta perlu menyertai secara berpasangan bagi setiap pasukan dan yuran adalah percuma.

Terdahulu, kumpulan PUO 4 dari PUO, Ipoh memenangi tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM500.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh PUO 2 yang membawa pulang wang tunai RM300 dan KKSS Warrior dari Kolej Komuniti Sungai Siput pula menduduki tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM200.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");