Sukan Hari Ini

Cadang KBS bina litar

TANJUNG MALIM – Kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dicadangkan untuk membina litar permotoran di daerah Mualim seiring dengan pembangunan 1Malaysia Youth City (1MYC), di sini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kasim berkata, cadangan itu turut disuarakan beliau kepada wakil KBS untuk membina sebuah litar permotoran di kawasan ini.

Katanya, ia seiring dengan pembangunan 1MYC di dalam daerah ini yang mahu menjadikan bandar mesra belia.

“Buat masa ini, Pegawai Daerah Mualim turut membantu mencari tanah sesuai dan melihat ada beberapa tapak bersesuaian untuk membina litar permotoran di daerah ini.

“Kita sedia maklum daerah Mualim terpilih untuk menjalankan 1MYC dan pembinaan litar permotoran di sini dilihat perlu kerana pelbagai aktiviti berkaitan permotoran dijalankan,” katanya.

Rusnah yang juga Adun Behrang berkata, pihaknya turut mendapat cadangan daripada pihak Proton City untuk menggunakan tanah milik mereka bagi membina litar permotoran di kawasan itu.

Katanya, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih tapak yang bersesuaian dengan beberapa pihak termasuk KBS dan Pejabat Daerah Mualim.

“Kita mahu litar itu diguna oleh anak-anak muda untuk mengembangkan bakat mereka.

“Buat masa ini, kita masih mencari tapak seluas 20 hektar untuk pembinaan litar permotoran itu di daerah Mualim,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");