Sukan Hari Ini

City pamer aksi kurang meyakinkan

MANCHESTER City terus mempamerkan aksi kurang meyakinkan apabila hanya mampu sekadar seri 1-1 dengan Celtic dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu seolah-olah masih belum dapat melupakan kekalahan memalukan 1-3 ke atas Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), tempoh hari.

“Saya tidak tahu kenapa kami gagal menumpaskan Celtic. Mungkin pemain masih terkesan dengan kekalahan terhadap Chelsea.

“Pemain harus bangkit segera kerana saingan dalam EPL dan Liga Juara-Juara semakin mencabar. Apa-apa pun saya tetap memuji persembahan pemain malam ini,” kata Guardiola.

Patrick Roberts pemain yang dipinjamkan dari City menjaringkan gol pendahuluan buat Celtic pada minit ke-4 sebelum Kelechi Iheanacho menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian.

Lantaran aksi hebat Roberts itu, Guardiola tanpa segan silu menyatakan akan memikirkan tempat buat pemain itu dalam kesebelasan City musim hadapan.

“Dia mempunyai potensi dan saya gembira dengan persembahannya. Ya, kami akan berbincang mengenai masa depannya selepas ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");