Jenayah

Cubaan seludup 8,020 kotak rokok gagal

KUNAK: Polis Kunak menggagalkan cubaan menyeludup 8,020 kotak rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM30,000 mengikut harga semasa dengan tertangkapnya seorang suspek berumur 45 tahun, di kilometer 19 Jalan Kunak-Lahad Datu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Safari itu ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya kira-kira 3 pagi.

“Semasa diperiksa, kenderaan berkenaan sarat dengan muatan rokok seludup yang disusun di atas tempat duduk penumpang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Polis turut menemukan wang tunai RM5,000 yang disimpan di dalam beg suspek serta tiga telefon bimbit dalam kenderaan terbabit.

Nasaruddin berkata ketika ditahan, suspek yang hanya memiliki dokumen pengenalan ‘Permastautin Tetap’ itu sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Lahad Datu.

Polis kemudiannya membawa barang rampasan dan kenderaan tersebut ke ibu pejabat polis Kunak untuk siasatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai terus menyalurkan maklumat berhubung sebarang bentuk aktiviti jenayah di daerah ini kepada pihak polis bagi tindakan segera. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");