Jenayah

DBKL tahan lori tanah penyebab kemalangan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menahan dua lori tanah yang menjatuhkan tanah atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan motosikal dan kereta di dua lokasi berasingan di ibu negara, semalam.

Jurucakap DBKL berkata, insiden itu menyebabkan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita di Jalan Raja Chulan, terkena tumpahan lumpur.

Sementara di Jalan Metro Perdana, tumpahan tanah menyebabkan kemalangan kecil terhadap seorang penunggang motosikal.

“Kedua-dua lori ditahan dan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua pemandu lori berkenaan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM4,000,” katanya.

Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");